Zimbabwe!!!

orite...actually aku nak post dr last week lg...tp internet kt umah aku ade problem plak...ni baru ok skit internet kt umah aku...kali ni aku nak cerita skit brite yg aku bace kat online utusan ari jumaat 18 Julai 2008...ni aku paste dienye brite...

"Inflasi Zimbabwe 2.2 juta peratus tertinggi di dunia

HARARE 17 Julai - Kadar inflasi di Zimbabwe yang meningkat sehingga 2.2 juta peratus adalah tertinggi di dunia dengan harga barangan naik mendadak antara 30 hingga 40 peratus setiap hari.

Namun Presidennya, Robert Mugabe menuduh Britain sebagai punca negaranya mengalami inflasi seperti itu apabila negara kuasa besar cuba mengawal kekayaan sumber di negara Afrika ini.

Kesannya adalah harga makanan seperti roti meningkat setiap hari. Hotel tiga bintang di Harare juga menaikkan kadar bayaran sebanyak 300 peratus setiap tiga hari dan yang terbaru ia meningkat dari Z$4 trilion kepada Z$10 trilion.

Mugabe memenangi pilihan raya yang dikritik dunia dan diboikot pembangkang pada bulan lalu, kini menuding jari ke arah bekas penjajah itu sebagai punca kemelesetan ekonomi dan merancang untuk menggulingkan kerajaan pimpinan beliau.

Pemimpin berusia 84 tahun yang telah memegang tampuk kuasa sejak 28 tahun lalu itu turut mendakwa Gerakan Perubahan Demokratik (MDC) sebagai boneka kepada Britain dan Amerika Syarikat.

"Apa nilai Zimbabwe kepada Britain? Jawapannya tidak diberikan tetapi kita tahu apa yang mereka mahukan iaitu perubahan rejim pemerintahan supaya sumber negara berada di bawah kawalan mereka," kata Mugabe pada siaran langsung pelancaran subsidi makanan.

Gabenor Bank Pusat, Gideon Gono semalam mengumumkan inflasi sudah melepasi 2 juta peratus, malah sebahagian daripada pakar ekonomi beranggapan ia lebih tinggi.

Kadar inflasi di Zimbabwe Februari lalu adalah 164,900 peratus, yang tertinggi di dunia dan keadaan ekonomi yang semakin parah mungkin menyebabkan lebih banyak tekanan ke atas parti ZANU-PF untuk berkompromi dengan MDC.

- Reuters "


memang gile la negara zimbabwe ni...kadar inflasi die naik 2.2 juta peratus...byk gila...ni plak top ten kadar inflasi seluruh dunia...

Rank Country Inflation rate (consumer prices) (%)
1 Zimbabwe 470
2 Burma 39.5
3 Venezuela 20.7
4 Tajikistan 20
5 Guinea 20
6 Congo, Democratic Republic of the 18.2
7 Sao Tome and Principe 17
8 Iran 17
9 Afghanistan 16.3
10 Azerbaijan 16

korg tgk tu...470 PERATUS!!!!...sume ni disebabkan oleh pergolakan politik kt negara diorg...cube la korg bayangkan kalo menda ni jd kat Malaysia ni...ish ish ish...tak terbayang aku...kt bwh ni plak kadar tukaran wang duit kite ngan duit diorg...

Friday, July 18, 2008

1 Malaysian Ringgit = 7,670,644,025 Zimbabwe Dollar

1 Zimbabwe Dollar (ZWD) = 0.00000000 Malaysian Ringgit (MYR)

Interbank rate +/- 0%

This means:
You buy 1 Malaysian Ringgit : 7,670,644,025 Zimbabwe Dollar
You sell 1 Malaysian Ringgit : 7,564,592,569 Zimbabwe Dollar
You buy 1 Zimbabwe Dollar : 0.00000000 Malaysian Ringgit
You sell 1 Zimbabwe Dollar : 0.00000000 Malaysian Ringgit

Median price = 7,564,592,569 / 7,670,644,025 (bid/ask)
Estimated price based on daily US dollar rates.

kitenye seringgit leh dpt 7.6 trillion duit diorg...betapa murahnye duit diorg...pd pendapat peribadi aku...sume ni adalah akibat dr seorg yg teramar bodo yg terlalu gilakan kuasa...kerana sorg bodo ni, abis seluruh menanggung derita...kesian diorg...

1 comments:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Your Ad Here